Saturday, July 07, 2012

tips : cantik berseri !


tips : cantik berseri .

1. Kubis bantu lembapkan kulit

-Jika anda mengalami masalah kulit kering, tidak perlu berbelanja besar untuk merawatnya kerana kubis boleh membantu anda. TINDAKAN : Ambil sebiji kubis dan hancurkan ia menggunakan mesin pengisar. Perah airnya dan campurkan dengan satu sudu madu lebah. Gunakan ramuan ini untuk membasuh muka. Hasilnya, muka anda akan beransur lembap dan segar. 

2. Hilangkan jeragat dan jerawat

-Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, jerawat sememangnya mudah tumbuh. Jika anda memilih untuk menggunakan bahan semulajadi bagi menghilangkan jeragat atau jerawat, ikuti petua ini. TINDAKAN : Ambil beras, kunyit hidup dan daun pegaga bersama akarnya. Kisar bahan-bahan tadi hingga sebati lalu sapukan di muka sebelum masuk tidur. Basuh bersih muka anda pada keesokannya dengan air sejuk. Amalkan selalu dan semoga berjaya. 

3. Kacang hijau licinkan muka

-Wanita sememangnya mengidamkan kulit wajah yang licin dan mulus. Dengan pengamalan teratur petua tradisional, kulit wajah anda juga boleh licin dan mulus seperti menjalani rawatan moden. TINDAKAN : Untuk mencuba, anda hanya memerlukan secawan kacang hijau. Cuci kacang hingga bersih dan dijemur. Apabila kering, kisar atau tumbuk hingga menjadi serbuk. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak pakai, ambil secukupnya dan campurkan sedikit dengan air suam. Sebelum itu, pastikan kulit wajah anda telah dibersihkan. Sapukan kacang hijau tadi hanya pada jerawat. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 

4. Lulur badan tradisional

-Sekiranya anda punya masa lapang, apa kata anda memanjakan tubuh dengan lulur buatan sendiri. Caranya mudah dan kosnya murah pula. TINDAKAN : Untuk melulur sendiri tubuh, anda memerlukan kulit dua biji telur, dua camca beras,sedikit pucuk atau kulit pokok asam jawa dan sebiji limau. Langkah pertama, tumbuk kulit telur bersama beras sehingga halus. Selepas itu, masukkan kulit pokok asam jawa atau pucuknya untuk ditumbuk bersama. Kemudian, perahkan sedikit asam limau bersama sedikit air. Lulurkan ke seluruh tubuh anda. Jika petua ini diamalkan berterusan, kulit anda akan kelihatan berseri. Selamat mencuba !

5. Asam jawa surutkan benjol

-Sekiranya nada mendapat benjol akibat terhantuk atau jatuh, usah gusar kerana asam jawa boleh menyurutkan benjolan itu. TINDAKAN : Caranya, ambil sedikit asam jawa, garam  dan sedikit air. Gaulkan kesemuanya hingga mendapat pati pekat. Lumurkan pati tersebut ke bahagian benjolan. Insya-Allah, dalam masa 15 minit benjolan akan segera sembuh dan beransur hilang. 

6. Hilangkan 'sunburn' di muka 

-Bagi mereka yang kerap keluar, sinaran terik matahari boleh menggelapkan bahagian wajah yang terdedah. Untuk menghilangkan 'sunburn', anda boleh ikuti amalan orang lama ini. TINDAKAN : Ambil tiga butir bedak sejuk bersama beberapa helai daun bunga raya muda. Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir hijau. Kemudian, sebatikan dengan bedak sejuk yang dibancuh dengan sedikit air. Sapukan ke muka selama beberapa malam diiringi selawat. Insya-Allah, hasilnya pasti memuaskan hati. 

KREDIT : MAJALAH SERI DEWI & KELUARGA
NOVEMBER 2007

SELAMAT MENCUBA ! ;)

Assalamualaikum . .

CLICK DONATE N GET REWARDED ->


Thanks for reading. Do like and leave your comment. Really appreciate that :)

Comments
2 Comments

2 comments:

✿ Assalamualaikum, thanks comment here yo ! ✿

This is an Official Blog. Copyright© All Rights Reserved http://craftynieya.blogspot.com