Tuesday, July 03, 2012

tips : cantik dan jelitakan wajah melalui buah (Part 1)


yuolszz !!!

-semalam nieya berkemas ala kadar yang termampu o.O 
 -menjumpai buku-buku lama n manuskrip lama dahulu kala ;) 
-yang penuh dengan kepelbagaian tips dan petua . woOww !
-so . dari dibuang . baik kita share tips2 tue . orait yuolszz ??? :)
-straight to the point . 

-------------------------------------------------------------------------------


Buah-buahan bukan sahaja terkenal sebagai makanan yang baik untuk menyihatkan badan . Malah , penggunaan buah sebagai masker semualajadi dikatakan boleh menjelitakan wajah . Pendek kata , kira buah-buahan nie ade 2 function : )

1 - Menjadikan tubuh lebih sihat .
2 - Menjadikan kulit wajah korang lebih gebu , mulus dan bersih dari sebarang noda . 

Now , let's checkidauuuuuutt ! 
p/s : nieya akan cuba ambil point penting je . ala-ala isi-isi penting masa buat karangan tue >.<


1. Epal hindari kulit berminyak 

-Sesetengah biji epal boleh meneutralkan kulit yang berminyak. TINDAKAN : Hancurkan setengah biji epal sehingga halus. Jadikan sebagai masker dan sapukan rata ke seluruh wajah. Biarkan 20 minit sebelum mencucinya dengan air suam diikuti dengan air sejuk supaya pori-pori terbuka dapat ditutup. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan sekurang2nya seminggu sekali . 

2. Cerah dan lembapkan wajah dengan strawberi 

-Buah strawberi kaya dengan Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit. TINDAKAN : Ambil 3 biji strawberi dan hancurkannya bersama satu sudu teh madu. Kemudian, oleskan di seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Apabila masker hampir mengering, gosok dengan gerakan melingkar bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah. Sesudah itu, basuh muka dengan air sejuk . Lakukannya seminggu sekali. Kombinasi strawberi sebagai agen pencerah dan madu untuk melembap wajah pasti membuatkan penampilan lebih menawan selepas ini . 

3. Segar dari panahan mentari

-Tembikai @ semangka kaya dengan zat astringent. Zat ini berkhasiat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah daripada sinaran terik sang suria. TINDAKAN : Bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti luar, tempelan hirisan nipis tembikai selama 20 minit boleh menyejukkan wajah anda .

4. Lemon VS sel mati

-Jika sebelum ini anda menggunakan skrub untuk menanggalkan sel mati pada wajah, bertukarlah kepada lemon kerana tindak balasnya lebih natural. Kaedah ini berkesan menanggalkan kekotoran serta sel-sel mati pada wajah dan leher. TINDAKAN : Rendam hirisan nipis lemon di dalam air panas. Dalam masa yang sama, cucuk kulit lemon dengan garpu untuk mendapatkan ekstraknya. Biarkan sehingga air menjadi suam dan cuci wajah dan leher anda dengan air itu. Sesudah itu, keringkan muka dengan tuala bersih, lembut dan kering . 

5. Mentimun serikan wajah 

-Mendapatkan kulit putih berseri bukanlah perkara yang sukar sekiranya anda rajin dengan rutin baru ini setiap malam. TINDAKAN : ambil sebiji timun dan hancurkannya bersama susu segar. Sapukan pada seluruh wajah. Apabila kering, cuci muka dengan air sejuk. Kesegarannya pasti membuatkan tidur anda lebih nyenyak !

BERSAMBUNG DALAM PART 2 . . 

Part 2 : tips : cantik dan jelitakan wajah melalui buah (Part 2)

SELAMAT MENCUBA ! =D

terima kasih kerana sudi baca sampai habis ;)

Assalamualaikum dan Selamat Mencuba !

CLICK DONATE N GET REWARDED ->


Thanks for reading. Do like and leave your comment. Really appreciate that :)

No comments:

Post a Comment

✿ Assalamualaikum, thanks comment here yo ! ✿

This is an Official Blog. Copyright© All Rights Reserved http://craftynieya.blogspot.com