Tuesday, July 03, 2012

tips : cantik dan jelitakan wajah melalui buah (Part 2)


okay yuolszz . 


Sambungan dari tips : cantik dan jelitakan wajah melalui buah (Part 1) 

6. Tomato lembutkan kulit

-Tomato sememangnya sinonim dengan keupayaannya melembut dan mencantikkan wajah. Selain dimakan untuk mendapatkan khasiatnya, anda juga boleh menggunakan tomato untuk memiliki kulit gebu dan lembut. TINDAKAN : Ambil perahan sebiji tomato yang dicampur dengan satu sudu teh perahan lemon. Sapukan pada seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Sesudah itu, basuh dengan air sejuk dan lakukannya seminggu sekali. Pasti anda tersenyum dengan hasilnya nanti :)

7. Limau nipis, madu hindar jerawat

-Bagi yang mempunyai masalah jerawat, usah risau kerana masih ada cara yang lebih semulajadi untuk mengatasinya. TINDAKAN : Campurkan satu sudu makan perahan limau nipis dan madu yang telah dipanaskan. Setelah sejuk, sapukan pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Madu yang kaya dengan zat antiseptik mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit wajah. Untuk hasil yang lebih memuaskan, gunakan setiap hari sehingga jerawat hilang. 

8. Pisang jauhi kulit kering

-Penghawa dingin dan panahan mentari merupakan penyebab utama kulit menjadi kering. TINDAKAN : Untuk merawatnya dengan cara yang lebih alami, lenyekkan sesetengah biji pisang bersama satu sudu tepung tawar dan satu sudu madu. Sapukan masker ini pada wajah biarkan selama setengah jam. Setelah kering, basuh muka dengan air suam. Penggunaan masker ini seminggu sekali boleh memberi kelembapan kepada wajah kering anda.

9. Betik cegah kedutan

-Garis halus dan kedutan merupakan tanda penuaan yang amat merisaukan golongan hawa. Sekiranya anda sedang melalui fasa dewasa, belum terlambat untuk menghindarkan wajah anda kelihatan tua dari umur sebenar. Untuk mencegah kedutan, betik merupakan pilihan tepat. Kandungan estrogennya mampu meremajakan wajah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati. TINDAKAN : Sebagai rawatan alternatif mencegah kedutan, hancurkan betik yang sudah masak ranum dan campurkan dengan satu sudu madu. Sapukan ramuan ini pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih mengesankan, manjakan wajah dengan olesan betik bermadu ini seminggu sekali. 

10. eh ! eh ! dah habis rupanya ! 

ehehehe ;) haa . amacam ??? teruja taak yuolszz ??? apalagi . lepas nie nak pergi kedai jiran saya (En.Maslee) pulak nak borong segala macam buah kat situ . ekekekeh ;)
               
Sumber & Kredit : Majalah Seri Dewi & Keluarga November 2007

SELAMAT MENCUBA YUOLSZZ !!! 

thanks sudi baca tips-tips nie . just nak share jee . 

SHARING IS CARING ! :)

Assalamualaikum . .

CLICK DONATE N GET REWARDED ->


Thanks for reading. Do like and leave your comment. Really appreciate that :)

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Replies
    1. hee..thanks Chenta Eyfa Latieyfa..sharing is caring..hehe ^^ :)

      Delete

✿ Assalamualaikum, thanks comment here yo ! ✿

This is an Official Blog. Copyright© All Rights Reserved http://craftynieya.blogspot.com