Thursday, June 27, 2013

Blog CintaNetwork.com : Cinta Bukan Paksaan



Pernah dengar tak ayat "kalau aku tak dapat dia, orang lain pun tak akan dapat memiliki dia !" di dalam novel, drama atau filem ? Sebenarnya, ayat nie wujud jugak dalam dunia nyata. Memang ada segelintir manusia yang suka memaksa di dalam cinta. Mereka menganggap jika mereka mencintai seseorang, mereka harus memilikinya sedangkan lumrah alam, mencintai tidak semestinya memiliki, kan ? Inilah hakikat yang kita harus pegang.




Ada jugak jenis manusia yang tidak kisah jika terpaksa menghancurkan hubungan orang lain asalkan cita-cita mereka tercapai. Manusia sebegitu bersifat cukup licik dan pandai memutarbelitkan fakta supaya orang lain terjerat dengan mereka. Cintailah orang yang mencintai kita. Selain memalukan diri sendiri, hati kita akan lebih terluka.




Paksaan dalam dunia cinta ada beberapa kategori. Mereka yang sedang bercinta juga termasuk dalam kategori ini. Sebagai contoh, si teman wanita memaksa pasangannya untuk membuat keputusan mengikut kemahuannya dalam hal tertentu. Ini juga boleh dianggap paksaan dalam cinta. Paksaan juga akan menghilangkan rasa hormat pasangan terhadap diri kita. Daripada memiliki cinta, terus hilang lantaran sikap yang tidak menunjukkan keikhlasan cinta.


Cinta itu tidak dipaksa.
Ia lahir dari jiwa yang tulus.

Cinta yang tulus akan lahir sendiri. Kadangkala cinta itu menyakitkan, dan selalunya membahagiakan jika cinta itu lahir dari hati yang ikhlas. Cinta juga tidak mempunyai usia. Cinta itu sentiasa memudakan diri para pencinta yang jujur.


DIARI CINTA

CLICK DONATE N GET REWARDED ->


Thanks for reading. Do like and leave your comment. Really appreciate that :)

No comments:

Post a Comment

✿ Assalamualaikum, thanks comment here yo ! ✿

This is an Official Blog. Copyright© All Rights Reserved http://craftynieya.blogspot.com